Showing posts with label ladymiey. Show all posts
Showing posts with label ladymiey. Show all posts

December 25, 2014

sama-sama menghulurkan bantuan #PrayforPantaiTimur

assalamualaikum dan salam sejahtera


pasti semua sudah maklum akan bencana banjir yang melanda Malaysia khususnya kawasan Pantai Timur semenanjung Malaysia.

terlalu ramai yang menghulurkan bantuan
syukur Alhamdulillah kepada Allah 
kerana kita masih diberi hati untuk membantu saudara sesama Islam kita
walaupun kita tidak kenal dan tidak berada ditempat mereka
tidak mengalami apa yang mereka lalui
tetapi semoga bantuan yang sedikit ini dapat membantu 
secara tidak langsung

December 24, 2014

#PrayforPantaiTimur

assalamualaikum dan salam sejahtera...



terdetik diri ini nk buat entry berkaitan bencana y melanda negara kita baru2 ni.
Iaitu banjir besar y berlaku di beberapa kawasan di Malaysia.

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 
kita hanya mendapat berita daripada media massa. 
Tetapi kejadian yang sebenar miey yakin kita tidak dapat bayangkan

sedih rasa hati melihat warga ibu khususnya, pasti sukar buat mereka.
dengan anak kecil.. sangat menyentuh hati..
jalan-jalan juga banyak perlu ditutup. 

bagaimana dengan sumber makanan buat mereka?
bagaimana dengan ubatan untuk mereka?
bagaimana dengan keperluan mereka?

tidak dapat dibayangkan oleh miey
tidak tertanggung jika miey berada disana
tidak henti air mata mengalir

hanya mampu berdoa keadaan kembali seperti sedia kala
sayu hati ini, bila difikirkan adik2 tak lama lg nk pergi sekolah
dengan kelengkapan ke sekolah belum diurus lagi

pada mereka yang hilang harta benda
ada juga yang kehilangan ahli keluarga dibawa arus.
tidak terluah oleh kata, betapa sayunya..

cekal sungguh diri mereka
dugaan ini buat mereka semakin kuat
pasti ada hikmah disebalik semua ini. In Shaa Allah

terima kasih diucapkan kepada pihak yang membantu
pihak yang menyalurkan bantuan
kerana kekangan msa yang dihadapai oleh miey
mohon maaf miey tidak dapat menyertai khidmat volunteer kali ini
untuk membantu mereka yang memerlukan

hanya doa yang mampu miey utus 
agar semua kuat dan tabah menghadapai dugaan ini
doa itu adlh senjata org mukmin. 
maka tidak akan henti doa ku utus 
buat saudara sesama Islam ku di mana jua. In Shaa Allah


Oh TUHAN,
berikan lah mereka 
kekuatan menempuhi dugaanMu, 
ku percaya ada hikmahnya 
disetiap dugaan yang diterima


October 25, 2014

#AwakKatMana

assalamualaikum dan selamat petang,

setelah sekian lama menyepi didalam dunia blog ini. kini miey kembali.. haha.. walaupun xde org yang cri iya dok..:)

2day, miey nk cter abt lagu y dah jd viral skg kt sosial media iaitu lagu #AwakKatMana nyanyian Taufik Batisah yang merupakan penyanyi dari Singapore. klu korg rjin, blh search kt youtube bnyk vlogger bt parody lagu ni. lawak giler... miey xdan nk upload kt sni.. huhu

April 16, 2014

Buatmu SAHABAT

Sahabat
Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh
Pimpinkanlah tanganku bila aku tersesat
Hamparkanlah bahumu saat aku berduka
Peluklah aku bila aku berjaya

February 13, 2014

Ceritera Chomel Icious

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

CHOMEL ICIOUS nama y unik bkn... seunik orgnya.
  

Sebelum miey berceloteh lebih lagi,
1st of all that u'll already know her....???
Maybe dah ramai di luar sana yang mengenalinya, miey saja yang baru mengenali insan yang berbakat ini. Sape yang tidak kenal lagi, mari kita kenal-kenal ^^

January 22, 2014

UG in da HOUSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari nie miey nk cter about UG again...
tp bkn tntg ahli UG but UG House..
tu sbb tjuk entry miey kli ni UG in da House wlpun mcm xbrpa ada kaitan sbnrnyakn... hihihi...

first of all, our living room. tmpt y prtma akn kta jmpa bla msk rumah kn. living room UG x bsar mn pn tp blh lh tuk kta lpak n berkumpul sma2. dn waktu puncak y korg blh lhat smua UG ad kt living room adlh pd pukul 7 mlm utk nonton drama TV3.. hehe... dan pd pkul8 secara automatiknya living room ni akn jd sunyi dn sepi. sbb smua dh msk blk tuk bt keja masing2. mcm tu la khidupan kmi ahli UG...

January 11, 2014

UG seluruh Malaysia.....♥ ♥ ♥ ♥

assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

mesti korg pelik kn, ap bnda la ngan tjuk miey ni kn...
enth spa UG tu dah tu seluruh Malaysia plak kn....

repost : Bekas Cuci Tangan Unik....

Salam and hello....
Hari nie lady nk share ngan u'll 1 benda yg sllu kta jmpa kt kenduri, iaitu bekas cuci tangan... sapa yg x knl ngan bekas cuci tangan, tipu la klu ada yg x knlkn sbb dkt malaysia sja bermcm2 jenis bekas cuci tangan ada jual kat pasaran....

repost : Sayangnya ALLAH pada perempuan....

Mari kita renung2kn bersama entry lady kali ni…. Hehhee…. Kali nie lady nk share betapa Allah itu sayang pada perempuan wlpn segelintir perempuan merasakan amanah yg diberikan oleh-Nya x adil….. ermmm…. Sbb tu juga lady nk share this post with all ladies in the world…..  hehehhehehe……^^

repost : THEY LOOK BEAUTIFUL THAN A REAL GIRLs……….

Hari ini lady miey nk bt post mgenai beberapa jejaka yg lebih cntik wajahnya apabila mengenakan make-up. Malah wajah mereka lebih halus daripada wajah asli seorg wanita, bkn lady nak merendahkan kecantikan wanita, hanya ingin berkongsi kecantikan yg dimiliki oleh kaun Adam…. Hehehehe….

repost : KIM HEECHUL…..PLASTIC SURGERY…….???

Kpda sesiapa yg merupakan peminat setia kim heechul pasti tlh mgetahui berita mngenai kononnya heenim (panggilan kim heechul) tlh mmbuat plastic surgery pd wajahnya….. yg memandangkn wajahnya lebih jelita dan cantik daripada wanita sebenar…..

March 22, 2013

An-Nisaa akhir zaman....




Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang berimandan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda RasulullahBiar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
Kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
Dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..


Bicara dari An-Nisaa akhir zaman.....


kredit to owner im not belong anything....

November 08, 2012

repost : Cuba awak bayangkan.....



Sehari kita jumpa semula lepas 5 tahun berpisah,
kita habiskan masa seharian borak-borak kat bilik awak, 
kita cerita pasal hidup masing-masing selama tak berjumpa...

Tetiba phone rumah awak berbunyi,
awak pergi turun bawah jawan panggilan itu 
dan janji dengan saya akan datang semula jumpa sya kat bilik awak... 

Bila awak angkat je phone rumah itu,
rupanya keluarga saya yang call...

Mereka bagi tahu yang saya dah meninggal disebabkan excident pagi tadi...

Apa awak nak buat...?

Sanggup tak awak naik semula ke bilik awak macam apa yang awak janji tadi,
sedangkan awak tahu orang yang awak sayang itu, 
di dalam bilik awak itu hanyalah ROH dia sahaja...?

Itu ROH sahaja!!!!

Kalau orang itu insan yang awak sayang.....

Sanggup tak awak naik semula dengan penuh tangisan atau lari keluar rumah...?

October 04, 2012

repost : Gubahan Tuala....

Salam n Hello....
arie ni Lady nk citer.... tempoh ari lady tlh join competition gubahan towel anjuran kelab rakan muda kt institusi lady... ehhehe.... lady join pn sbb suka2 je..... tu sbb x mnang...^^

sapa yg nk tunang atau kwin blh la tempah... hihi... x pn, blh la nk jd ilham tuk gubahan tuala korg...

ok lh... lady x nk coloteh bnyk2... jumpa kta tgk pic gubahan tuala yg kwn lady gak yg buat... utk pegetahuan u'll sramai 16 kumpulan menyertai competition nie...

sebelum tu, ni sedikit suasana smasa competition... ehehhe....



ok, bnyk plak lady coloteh kn.... now pic gubahan....^_^

















so, mcm mn... cntik x........ korg rsa yg mn pling cntik n pemenangnya........ geng geng geng (bunyi gendang sikit hehe.....)  Gubahan yg mndapat tempat pertama adalah gubahan......^^





tahniah di ucapkan kepada pemenang, dn bg y x menang insyaAllah next time blh cuba lagi... 

okey, ini la sja, entry lady bt kali ni... hnya nk kongsi ngan korg smua, sapa yg nk tunang atau khwin mgkin ini dpt membntu bgi idea skit...hehehe....

__have a nice day form lady miey__

September 03, 2012

Helloooooooo…… UoS


Assalamualaikum dan hye tuk u’ll……

2day lady nk share ngan korg saat2 ptma klinya lady mlangkah dn menjejakkn kaki ke University of Sintok…. ^^

1st time g tmpt org, of couse  la nervous yg hanya ALLAH yg thu b’tapa gmentarnya lady masa tu….
nervous nya smpai x lalu mkn, u’ll prnh x rsa mcm tu… lady je kot yg over feeling…. Eheheh…

3 September 2012, pada tarikh keramat inilah. Lady miey kini bergelar stdent smula….. huhu…. Pada rakan2 stdent kt luar tu, msti thu kn btpa pnatnya stdy ni… tp apa blh bt… huhuuuhuu…

lady nk ucapkan thanks very much to my beloved daddy n brother coz hntr dan teman lady msa pndaftran, bli brang, angkat brang bwa p blk…. Thanks a lot… wlpun kejap je sbb sblah ptg orientation dh start…..

huhuhu….. kni lady kena be independent person…. Right…???  its not easy actually… but spa yg stdy  jauh dh umah should know mcm mn feeling tu….

some time kta blh ngis sorg2 when no one around us… but we must be strong even its difficult…..

bla mcm ni, bru lady fhm peribahasa “hujan emas d negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” lebih baik hujan batu dinegeri sndiri wlaupun negeri org ada emas…..heehe….

sma2 kta doa, agar kta dpt cpai kjyaan kita di dunia dn tuk akhirat kelak…..<3

this just 4 sharing…..  thanks to spa yg sdi bca…. Ehehee…..^^


July 03, 2012

Surat Misteri

Kepada,
Saudara/ saudari,
Yang budiman.

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kerana sudi menatap surat ini. sebenarnya surat ini tidak membawa apa-apa erti dalam hidup saudara/i. terus terang diberitahu surat ini tidak patut dibaca oleh saudara/i.

      Sebelum saudara/i terus membaca surat ini, sekali lagi dinyatakan, lebih baik saudara/i buat sesuatu yang berfaedah daripada membaca surat ini.

     Cukuplah sampai disini?
   
     Nampaknya, saudar/i masih ingin terus membaca surat ini. Terpulanglah, itu hak masing-masing. Walaubagaimanapun, berjuta terima kasih dihulurkan kerana saudara/i masih sudi untuk menatap surat ini. Walaupun setelah diberitahu surat ini sebenarnya tidak membawa erti, namun minat anda terhadap surat ini amat dihargai. rasanya elak saja kalau anda berhenti saja membaca surat ini.

     Nampaknya saudara/i memang betul-betul seorang yang degil. Juga anda ini seorang yang tidak putus asa. Sikap itu memang bagus. Sayang saudara/i salah tempat. Lebih baik kiranya melakukan satu dua kerja lain yang lebih berfaedah daripada membaca surat ini, saudara/i tidak perlu membaca surat ini.

     Cukuplah sampai di sini?
     Tidak perlu lagi meneruskan bacaan saudara/i. Surat ini tak ada apa-apa.

     Nampaknya saudara/i masih tidak mahu mengalah. Apakah yang dalam surat ini adalah saudara/i? Surat ini tidak ada apa-apa. Sudahlah, hentikanlah bacaan saudara/i. Buat apalah terus membaca surat ini.

     Susah? Saudara/i masih ingin terus membaca surat ini, tidak ada apa-apa. Buat apa saudara/i terus membaca sampai akhir surat.

     Sudahlah? Berhentikanlah membaca surat ini. Berapa kali mahu diberitahu, jangan teruskan bacaan saudara/i tentang surat ini, kerana tidak ada apa-apa. Baiklah, surat ini sudah tamat. Apa yang anda dapat daripada membaca surat ini...?

Yang Benar,
Pengutus Surat





(im not own this letter, credit to owner)



December 16, 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

Assalam, hari ni miey nak share about knpa wanita enggan mnutup aurat sedangkn ianya mmg wajib didlm agama Islam….. mari kita renung-renungkan bersama…..^^ hnya sbgai perkongsian bt smua....

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
   
 -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
    -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah     Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
   -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
   -Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
    -Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
    -Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa. 
    -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.    
   -Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.     
   -Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
    -Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
    -Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
    -Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
    -Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

sampai dsni sja post lady kali ni, n ini hnya sebarang kongsian bersama…..
 I’m not own anything credit to owner…..^^

c u next time……♥♥♥