July 03, 2012

Surat Misteri

Kepada,
Saudara/ saudari,
Yang budiman.

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kerana sudi menatap surat ini. sebenarnya surat ini tidak membawa apa-apa erti dalam hidup saudara/i. terus terang diberitahu surat ini tidak patut dibaca oleh saudara/i.

      Sebelum saudara/i terus membaca surat ini, sekali lagi dinyatakan, lebih baik saudara/i buat sesuatu yang berfaedah daripada membaca surat ini.

     Cukuplah sampai disini?
   
     Nampaknya, saudar/i masih ingin terus membaca surat ini. Terpulanglah, itu hak masing-masing. Walaubagaimanapun, berjuta terima kasih dihulurkan kerana saudara/i masih sudi untuk menatap surat ini. Walaupun setelah diberitahu surat ini sebenarnya tidak membawa erti, namun minat anda terhadap surat ini amat dihargai. rasanya elak saja kalau anda berhenti saja membaca surat ini.

     Nampaknya saudara/i memang betul-betul seorang yang degil. Juga anda ini seorang yang tidak putus asa. Sikap itu memang bagus. Sayang saudara/i salah tempat. Lebih baik kiranya melakukan satu dua kerja lain yang lebih berfaedah daripada membaca surat ini, saudara/i tidak perlu membaca surat ini.

     Cukuplah sampai di sini?
     Tidak perlu lagi meneruskan bacaan saudara/i. Surat ini tak ada apa-apa.

     Nampaknya saudara/i masih tidak mahu mengalah. Apakah yang dalam surat ini adalah saudara/i? Surat ini tidak ada apa-apa. Sudahlah, hentikanlah bacaan saudara/i. Buat apalah terus membaca surat ini.

     Susah? Saudara/i masih ingin terus membaca surat ini, tidak ada apa-apa. Buat apa saudara/i terus membaca sampai akhir surat.

     Sudahlah? Berhentikanlah membaca surat ini. Berapa kali mahu diberitahu, jangan teruskan bacaan saudara/i tentang surat ini, kerana tidak ada apa-apa. Baiklah, surat ini sudah tamat. Apa yang anda dapat daripada membaca surat ini...?

Yang Benar,
Pengutus Surat





(im not own this letter, credit to owner)



No comments: