December 24, 2014

#PrayforPantaiTimur

assalamualaikum dan salam sejahtera...



terdetik diri ini nk buat entry berkaitan bencana y melanda negara kita baru2 ni.
Iaitu banjir besar y berlaku di beberapa kawasan di Malaysia.

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 
kita hanya mendapat berita daripada media massa. 
Tetapi kejadian yang sebenar miey yakin kita tidak dapat bayangkan

sedih rasa hati melihat warga ibu khususnya, pasti sukar buat mereka.
dengan anak kecil.. sangat menyentuh hati..
jalan-jalan juga banyak perlu ditutup. 

bagaimana dengan sumber makanan buat mereka?
bagaimana dengan ubatan untuk mereka?
bagaimana dengan keperluan mereka?

tidak dapat dibayangkan oleh miey
tidak tertanggung jika miey berada disana
tidak henti air mata mengalir

hanya mampu berdoa keadaan kembali seperti sedia kala
sayu hati ini, bila difikirkan adik2 tak lama lg nk pergi sekolah
dengan kelengkapan ke sekolah belum diurus lagi

pada mereka yang hilang harta benda
ada juga yang kehilangan ahli keluarga dibawa arus.
tidak terluah oleh kata, betapa sayunya..

cekal sungguh diri mereka
dugaan ini buat mereka semakin kuat
pasti ada hikmah disebalik semua ini. In Shaa Allah

terima kasih diucapkan kepada pihak yang membantu
pihak yang menyalurkan bantuan
kerana kekangan msa yang dihadapai oleh miey
mohon maaf miey tidak dapat menyertai khidmat volunteer kali ini
untuk membantu mereka yang memerlukan

hanya doa yang mampu miey utus 
agar semua kuat dan tabah menghadapai dugaan ini
doa itu adlh senjata org mukmin. 
maka tidak akan henti doa ku utus 
buat saudara sesama Islam ku di mana jua. In Shaa Allah


Oh TUHAN,
berikan lah mereka 
kekuatan menempuhi dugaanMu, 
ku percaya ada hikmahnya 
disetiap dugaan yang diterima


No comments: