November 01, 2014

#PROMOTE : AQSA MISSION V is back!!!

Assalamu'alaikum wbrkth...

AQSA MISSION V is back!!!!!!




Isu ISIS ataupun "Islamic State of Iraq and Syria" sentiasa diwar-warkan oleh media massa Barat mahupun Timur sebagai sebuah entiti yang ingin mengembalikan Daulah Islamiyah. Namun begitu, adakah ISIS ini benar-benar mengembalikan Daulah Islamiyah menurut cara yang dianjurkan di dalam Islam?

Benarkah konspirasi ISIS ini dikatakan mempunyai sokongan dana dan senjata dari negara-negara Barat? Mengapakah ISIS melaksanakan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa sedangkan mereka hendak mengembalikan "Khalifah" di muka bumi ini? 

Persoalan lain pula, adakah ISIS merupakan sebuah gerakan mujahideen ataupun ia hanya sekadar gerakan pelampau ataupun ekstremis yang bertindak atas nama agama?

Kami daripada DPP TNB dengan kerjasama Kelab Damai UUM akan mengadakan program iaitu "Aqsa Mission 5; ISIS : Mujahideen atau Ekstremis".


Segala maklumat boleh rujuk di dalam poster berikut.


            TARIKH : 4 November 2014
            MASA : 8.30 - 11.00
            TEMPAT : Masjid Sultan Badlishah, Universiti Utara Malaysia.
            YURAN : RM 1


*Booth pendaftaran bertempat di Library, Laluan Cengkih & DKG 1*


Dialu-alukan kepada semua mahasiswa dan kakitangan UUM tidak kira sama ada Muslim mahupun Non-Muslim untuk hadir ke program ini bagi mengetahui kebenarannya.(digalakkan datang awal)

No comments: