February 13, 2014

Ceritera Chomel Icious

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

CHOMEL ICIOUS nama y unik bkn... seunik orgnya.
  

Sebelum miey berceloteh lebih lagi,
1st of all that u'll already know her....???
Maybe dah ramai di luar sana yang mengenalinya, miey saja yang baru mengenali insan yang berbakat ini. Sape yang tidak kenal lagi, mari kita kenal-kenal ^^


Dia yang lebih mesra dipanggil CHOMEL kini semakin dikenali of course di S`pore, M`sia, Brunei and other country.


Nama diberi Noorzafirah Abdullah. Lahir pada 6 August 1992. Anak kedua dari 6 adik-beradik dan berasal dari Kota Singa (Singapore) ini semakin mendapat nama dipersada muzik masa kini dan mempunyai peminat yang semakin bertambah dari hari ke hari.

Chomel yang gemar menyanyi di bawah blok dari dulu sehingga dikenali sebagai "Budak Bawah Blok" kini telah menjadi artis. Atas tindakan sahabatnya yang telah mengupload video nyanyiannya di YouTube telah mendapat sambutan yang tidak terduga. Dari situ, Chomel merakam dan mengupload video nyanyiannya melalui akaun YouTube sahabatnya. 

Chomel mula menyanyi ketika berusia 15 /16 tahun. Dengan bakat nyanyian yang diwarisi daripada ayahnya ini, Chomel telah mencipta lebih 30 buah lagu, tetapi tidak semua dirakamkan. Tanpa memasuki mana-mana sekolah muzik dan bermain gitar juga sendiri, insan berbakat ini telah menjadikan artis yang menyanyikan lagu bergenre jiwang sebagai idolanya.

Dengan membawa lagu yang berirama JIWANG. Tanpa diduga lagu berirama jiwang ini telah menarik ribuan peminat dengan petikan gitar yang mengasyikkan olehnya. Disebabkan meminati lagu jiwang dan gemar mencipta lagu-lagu jiwang, JIWANG SELALU telah menjadi tagline buatnya. Semua lagu ciptaan Chomel juga adalah berkaitan dengan hidupnya sendiri.

Chomel juga telah mengeluarkan album yang berjudul TEMAN yang mengandungi empat buah lagu. Dan semua lagu adalah hasil ciptaan dan nyanyian dari Chomel sendiri. Kini lebih banyak lagu ciptaan Chomel boleh didengari di Youtube. Dan kalau bertuah, kekadang boleh dengar lagu Chomel berkumandang di radio J

Menampilkan imej seperti lelaki, berambut pendek, mengemari aktiviti lasak dan bermain gitar. Sudah pasti pelbagai komen dan kritikan yang kurang enak didengar, dan pasti ramai yang menyalah ertikan. Walupun ada segelintir diluar sana mengatakannya ‘punkid’ atau kata-kata kesat yang lain tetapi sepanjang research yang tidak seberapa yang telah miey lakukan. Miey percaya hanya imej yang dibawanya dianggap serong oleh segelintir masyarakat diluar sana, tetapi dalaman ia tetap seorang perempuan, wanita, beautiful lady, and good girl J Semoga kita semua memperolehi hidayah dari-Nya.

Chomel yang gemar mengenakan pakaian ringkas dan sempoi ini tetap cekal dalam menempuhi liku-liku kehidupan ini. Walaupun pelbagai tomahan dan kritikan yang diterima. Chomel yang bercita-cita menjadi pengubah lagu suatu masa nanti mengharapkan sokongan dari semua pihak agar diberi peluang untuknya mempertengahkan bakat yang dimilikinya. Dan kini, Chomel merupakan artis dibawa naungan MVM Production Artiste (Malaysia).

Semoga segala pujian dan kritikan yang diterima dijadikan sebagai batu loncatan dan membuat Chomel makin gigih mengukir nama dipersada music ini, walaupun ada pihak yang ingin menjatuhkan anggaplah ianya satu ujian. Dan pasti peminat Chomel sentiasa menyokong dari belakang dan mendoakan yang terbaik buatnya. Just be strong, stay humble and respect people J 

Anda semua boleh dapatkan update terbaru dari Chomel melalui:-

                Facebook : Chomel
                Twitter : ChomelFC
                Instagram : chomelicious7
                Utube : Exuism & AnMJ23
                Reverbnation : Chomel


Thanks for anda yang sudi baca coretan miey ini. Dan rasanya inilah coretan yang terpanjang setakat ini miey pernah buat dan hampir2 boleh jadi my thesis, hehe…over tak. Dan ini juga coretan paling lama nak siap, sebab kena buat research sikit takut salah… kalau still ada salah dengan apa yang miey kongsikan ini diharap ada pihak yang sudi memperbetulkannya, kerana miey juga belum berapa kenal dengan Chomel ini, pasti peminatnya dan anda diluar sana lebih mengenalinya. Miey membuat entry ini hanya semata untuk berkongsi insan berbakat dan rugi rasanya jika tidak dikongsi bersama anda semua.

Last but not least, credit and Thanks a lot to Chomel for the pictures and info. And sori sebab copy pic tanpa minta izin dulu, harap sudi dimaafkan J  Semoga Chomel akan terus berjaya dan cekal dalam bidang yang diceburinya ini...

Siapa yang dah pernah baca entry ini sebelum ini, mungkin terdapat sedikit perbezaan :) if uoll want to c more of chomel pic's. uoll can go to her page ^_^.

Akhir kalam dari Miey, hope anda semua enjoy and maaf jika ada salah silap didalam entry ini.

-       Enjoy & Have a nice day J -

- THANK YOU -

No comments: