October 01, 2013

Malaikat & tugasnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuk awk y tgh bca entry lady nie...
arie ni lady nk share bkaitan nama2 malaikat dan tugasny, hnya sebgai perkongsian bt kta smua...
dn lbh sesuai tuk adeq2 kta y still sklh rendah tuk tahu dn knl kn...


PERCAYA KEPADA MALAIKAT merupakan rukun iman ke 2.
antara ciri2 malaikat adalh :

  • Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, 
  • bukan lelaki dan bukan perempuan. 
  • hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa menderhakainya. 
  • Allah menjadikan para malaikat daripada cahaya (Nur)
  • tidak makan dan tidak minum
  • tidak beranak dan diberanakkan
"Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah"
- Hadith riwayat Muslim

terdapat 10 malaikat yang wajib kita ketahui dan kenali.
  • Jibril - Menyampaikan wwahyu dan perintah Allah kpd nabi2 & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia.
  • Mikail - Menyampaikan dan membawa rezeki daripada Allah serta mengawal cekerewala mengikut yang dikehendaki oleh Allah.
  • Izrail - Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah 
  • Israfil - Meniup sengkekala apabila tiba masanya
  • Raqib - Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
  • Atid - Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
  • Mungkar - Menyoal manusia didalam kubur
  • Nakir - Menyoal manusia didalam kubur
  • Ridhwan - Mengawal dan menjaga pintu syurga
  • Malik - Mengawal dan menjaga pintu neraka

selain itu, malaikat juga akan melaksanakn tugas seperti:
  1. membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul
  2. Bertasbih dan patuh serta sujud pada Allah
  3. Berdoa untuk orang yang beriman
Peranan malaikat di akhirat pula adalah seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpanya.

HIKMAT BERIMAN KEPADA MALAIKAT
  1. Seseorg itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kata walau dimana dia berada.
  2. seseorg akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas drps catatan Malaikat Raqib & Atid
  3. seseorg muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat.

disni lady sertakan lagu dri kumpulan Hijjaz y bertajuk Malaikat agar kta sma2 lbh mghayatinya...

diharap perkongsian lady kli ini dpt mberi mnfaat bt kta smua, smua slh dan silap hrp di tegur dan diperbtulkn, krna lady jga msh in learning process....^^

#credit to owner


- have a nice day & thanks for read my entry -






No comments: