November 14, 2012

Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah

salam..... 
ari ni lady nk share doa akhir & awal tahun hijrah memandangkn kta dh msuk ke thun baru iaitu 1434 hijrah....



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata:

     "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tidak lupakan (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluan supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.



Doa Awal Tahun di baca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: 

      "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".



ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Rahmaat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan Kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bela tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtutan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.


semoga tahun baru ini, membawa lebih bnyak kebaikan dari sebelum ini kepada kita semua..... ok, smpai d sni sja entry lady bt kli ini.....

ini hanya sebagai perkongsian bersama, jika ada slh dan silap harap di perbtulkan......^_^

wasalam....

No comments: